Aplikasi Mudah Alih (mobile app) Asas Rangkaian Komputer yang dibangunkan ini adalah sebuah inovasi
bagi penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) di Kolej
Komuniti Hulu Selangor khususnya dan kolej komuniti amnya. Inovasi ini
menyediakan medium PDP tanpa batasan dengan adanya teknologi telefon pintar.
Dengan itu pelajar dapat mengakses nota bagi
modul ini tanpa mengira tempat dan masa.
Rasional utama
pembangunan aplikasi mudah alih (mobile
app) ini adalah bagi menyediakan
medium pembelajaran tanpa batasan dengan adanya teknologi telefon pintar dan
komputer tablet. Pelajar dapat mengakses nota bagi
modul ini tanpa mengira tempat dan masa. Dengan adanya aplikasi mudah alih (mobile app) ini maklumat dan dokumen
boleh dicapai di mana-mana sahaja. Hal ini akan merangsang minat pelajar dalam
proses PDP.
KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Membangunkan aplikasi menggunakan bahasa pengaturcaraan HTML5 dan jQuery Mobile.
PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG
SEBELUM DAN SEKARANG
a) Sebelum
Pelajar hanya boleh mengulangkaji pelajaran menggunakan
media yang terhad seperti buku dan nota bercetak sahaja malah lokasi untuk
membuat ulangkaji juga terhad seperti di dalam kelas, perpustakaan dan rumah.
b) Selepas
Dengan
gaya hidup remaja masa kini yang sentiasa berkepit dengan gajet dan tidak suka
dipanggil ‘ulat buku’ maka aplikasi ini adalah penyelesaian yang tepat. Melalui
aplikasi ini, pelajar dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih efisyen kerana
nota boleh diakses dimana sahaja dan bila-bila masa. Selain itu, mereka juga
tidak perlu bimbang dipanggil ‘ulat buku’ kerana rakan-rakan meraka menyangka
mereka sedang bermain permainan di telefon pintar.
IMPAK/KEBERKESANAN
Penggunaan aplikasi mudah alih (mobile app) merupakan
satu inisiatif untuk membolehkan pelajar mengakses nota
dengan lebih mudah, cepat serta fleksibel. Ianya juga dapat membantu
organisasi dalam mengurangkan penggunaan kertas selaras dengan dasar penjimatan
yang diarahkan oleh kerajaan.






No comments :
Post a Comment