Monday, 9 March 2015

IkRAR 2014 :: Pingat Perak ::


Kolej Komuniti Hulu Selangor telah menghantar 3 pasukan untuk menyertai Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta Pelajar (IkRAR) 2014 anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dibawah kelolaan Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 26 - 27 Ogos 2014 yang lepas.

Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar Sijil Sistem Komputer & Sokongan dan mereka telah menghasilkan tiga Mobile App Games untuk dihantar ke pertandingan ini.  Alhamdulillah ketiga-tiga projek di bawah seliaan Pn. Ana Rohana Pataniah, Pn. Mazniza & Pn. Norfadhilah  telah mendapat pingat Perak. 

Hasil kreativiti dan inovasi mereka boleh dimuat turun melalui Play Store. Buat carian berdasarkan nama games di bawah atau taipkan skskkhs.


  • Scratch & Learn
  • Malaysian Quiz
  • Wisdom Test


 

No comments :

Post a Comment