Thursday, 26 March 2015

iCompEx'15 POLIMAS, Jitra

Alhamdullah.. (3x)

Permulaan perjalanan untuk ke iCompEx diuji apabila kereta sy dilanggar orang beberapa hari sebelumnya menyebabkan kami agak kelam kabut mencari alternatif pengangkutan lain. Alhamdulillah perjalanan menuju Utara berjalan lancar & kami mendaftar tanpa sebarang masalah.

Hari 1 - kami bertiga kurang sihat mungkin kerana faktor cuaca. Maklumlah Kedah ni mmg agak panas berbanding Selangor. 3 projek pelajar kami serahkan bulat-bulat kepada mereka sementelah mereka telah ada pengalaman menyertai pertandingan inovasi sblm ini. Oleh kerana booth utk inovasi mobile app kami (C084) berdekatan sahaja dengan booth pelajar maka kami meminta mereka berjaga-jaga sekiranya juri datang mana kala kami pula bersedia di booth Home Physio Trainer (B060) yang lokasinya agak jauh. Sedang leka berborak, pelajar kami call memberitahu juri telah dtg ke booth C084, macam lipas kudung kami bergegas namun sempat juga berpesan dgn jiran sebelah utk menghubungi kami sekiranya juri utk kategori B datang. Sedang asyik buat presentation di C084 jiran pula call memberitahu juri dah sampai. Waduh... seusai penjurian kami bergegas ke booth B060 pula. Baru je selesai kami bergegas ke C084 semula utk penjurian ke-2 & begitu juga dengan penjurian kedua kategori B. Dengan kata lain back-to-back kami pagi tu. Alhamdulillah jam 1 tgh hari semua penjurian utk inovasi kami selesai. Tetapi kesian pelajar kami, terpaksa menunggu hingga jam 4 ptg utk penjurian ke-2. Syukur semuanya berjalan lancar.

Sepanjang pagi hari ke-2 kami menunggu penjurian khas yang biasanya untuk inovasi dlm senarai pendek tetapi hampa. Semasa pengumuman penerima anugerah utama pun tidak kedengaran nama kumpulan kami disebut. Tetapi tidak lama kemudian seorang rakan pos gambar senarai penerima pingat. Ya Allah... dua tiga kali baca sebab tak percaya & tiada org pun yang ucapkan tahniah kpd kami dalam grup Whatsapp tsbt. Terjerit-jerit kami bertiga kerana memang betul-betul tak sangka. EMAS untuk mobile app kami, PERAK untuk Home Physio Trainer & 2 GANGSA untuk projek pelajar di bawah seliaan kami.

Terima kasih Dr.Shamsul Arieya (UPSI) kerana menggesa saya membuat online assessment untuk mobile app tersebut. Dalam tempoh masa yang sangat terhad saya cuba menyiapkan online quiz tersebut. Kiranya ini projek 2 dalam 1. Projek personal sbg pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Selangor & kajian keberkesanan untuk assignment Dr.Shamsul & Prof. Mohamad. TQ DR. S for your advice!!

TQ K.Dila & K.Niza, we make a great team. Kejayaan ini adalah berkat doa & sokongan semua. Ini kejayaan kita bersama.










No comments :

Post a Comment