Thursday, 26 March 2015

iCompEx'15 POLIMAS, Jitra

Alhamdullah.. (3x)

Permulaan perjalanan untuk ke iCompEx diuji apabila kereta sy dilanggar orang beberapa hari sebelumnya menyebabkan kami agak kelam kabut mencari alternatif pengangkutan lain. Alhamdulillah perjalanan menuju Utara berjalan lancar & kami mendaftar tanpa sebarang masalah.

Hari 1 - kami bertiga kurang sihat mungkin kerana faktor cuaca. Maklumlah Kedah ni mmg agak panas berbanding Selangor. 3 projek pelajar kami serahkan bulat-bulat kepada mereka sementelah mereka telah ada pengalaman menyertai pertandingan inovasi sblm ini. Oleh kerana booth utk inovasi mobile app kami (C084) berdekatan sahaja dengan booth pelajar maka kami meminta mereka berjaga-jaga sekiranya juri datang mana kala kami pula bersedia di booth Home Physio Trainer (B060) yang lokasinya agak jauh. Sedang leka berborak, pelajar kami call memberitahu juri telah dtg ke booth C084, macam lipas kudung kami bergegas namun sempat juga berpesan dgn jiran sebelah utk menghubungi kami sekiranya juri utk kategori B datang. Sedang asyik buat presentation di C084 jiran pula call memberitahu juri dah sampai. Waduh... seusai penjurian kami bergegas ke booth B060 pula. Baru je selesai kami bergegas ke C084 semula utk penjurian ke-2 & begitu juga dengan penjurian kedua kategori B. Dengan kata lain back-to-back kami pagi tu. Alhamdulillah jam 1 tgh hari semua penjurian utk inovasi kami selesai. Tetapi kesian pelajar kami, terpaksa menunggu hingga jam 4 ptg utk penjurian ke-2. Syukur semuanya berjalan lancar.

Sepanjang pagi hari ke-2 kami menunggu penjurian khas yang biasanya untuk inovasi dlm senarai pendek tetapi hampa. Semasa pengumuman penerima anugerah utama pun tidak kedengaran nama kumpulan kami disebut. Tetapi tidak lama kemudian seorang rakan pos gambar senarai penerima pingat. Ya Allah... dua tiga kali baca sebab tak percaya & tiada org pun yang ucapkan tahniah kpd kami dalam grup Whatsapp tsbt. Terjerit-jerit kami bertiga kerana memang betul-betul tak sangka. EMAS untuk mobile app kami, PERAK untuk Home Physio Trainer & 2 GANGSA untuk projek pelajar di bawah seliaan kami.

Terima kasih Dr.Shamsul Arieya (UPSI) kerana menggesa saya membuat online assessment untuk mobile app tersebut. Dalam tempoh masa yang sangat terhad saya cuba menyiapkan online quiz tersebut. Kiranya ini projek 2 dalam 1. Projek personal sbg pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Selangor & kajian keberkesanan untuk assignment Dr.Shamsul & Prof. Mohamad. TQ DR. S for your advice!!

TQ K.Dila & K.Niza, we make a great team. Kejayaan ini adalah berkat doa & sokongan semua. Ini kejayaan kita bersama.










Sunday, 15 March 2015

Kuiz Dalam Talian - Asas Rangkaian Komputer

Sambungan daripada inovasi Mobile App : Asas Rangkaian Komputer, kuiz dalam talian juga telah dibangunkan bagi menilai tahap pengetahuan & pemahaman pelajar. Pelajar telah diminta menjawab kuiz ini dan markah dijana secara automatik sejurus mereka selesai menjawab kuiz. Markah mereka dicatatkan. Selepas 2 minggu pelajar diminta menjawab sekali lagi kuiz ini untuk melihat peningkatan markah yang mereka peroleh setelah membuat ulangkaji menggunkan mobile app ini.

Kuiz ini boleh dicapai melalui url http://www.qfeast.com/skskkhs.



Proses Pembangunan Mobile App : Asas Rangkaian Komputer


Aplikasi Mudah Alih (mobile app) Asas Rangkaian Komputer yang dibangunkan ini adalah sebuah inovasi bagi penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) di Kolej Komuniti Hulu Selangor khususnya dan kolej komuniti amnya. Inovasi ini menyediakan medium PDP tanpa batasan dengan adanya teknologi telefon pintar. Dengan itu pelajar dapat mengakses nota bagi modul ini tanpa mengira tempat dan masa.

Rasional utama pembangunan aplikasi mudah alih (mobile app) ini adalah bagi menyediakan medium pembelajaran tanpa batasan dengan adanya teknologi telefon pintar dan komputer tablet. Pelajar dapat mengakses nota bagi modul ini tanpa mengira tempat dan masa. Dengan adanya aplikasi mudah alih (mobile app) ini maklumat dan dokumen boleh dicapai di mana-mana sahaja. Hal ini akan merangsang minat pelajar dalam proses PDP.


KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI
Membangunkan aplikasi menggunakan bahasa pengaturcaraan HTML5 dan jQuery Mobile.




PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN SEKARANG

a)     Sebelum
        
        Pelajar hanya boleh mengulangkaji pelajaran menggunakan media yang terhad seperti buku dan nota bercetak sahaja malah lokasi untuk membuat ulangkaji juga terhad seperti di dalam kelas, perpustakaan dan rumah.




b)     Selepas
           
Dengan gaya hidup remaja masa kini yang sentiasa berkepit dengan gajet dan tidak suka dipanggil ‘ulat buku’ maka aplikasi ini adalah penyelesaian yang tepat. Melalui aplikasi ini, pelajar dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih efisyen kerana nota boleh diakses dimana sahaja dan bila-bila masa. Selain itu, mereka juga tidak perlu bimbang dipanggil ‘ulat buku’ kerana rakan-rakan meraka menyangka mereka sedang bermain permainan di telefon pintar.



IMPAK/KEBERKESANAN

Penggunaan aplikasi mudah alih (mobile app) merupakan satu inisiatif untuk membolehkan pelajar mengakses nota dengan lebih mudah, cepat serta fleksibel. Ianya juga dapat membantu organisasi dalam mengurangkan penggunaan kertas selaras dengan dasar penjimatan yang diarahkan oleh kerajaan.




Thursday, 12 March 2015

Sistem Pangkalan Data myPSH - iCompEx 2014 ::Pingat Gangsa::

Alhamdulillah kali pertama masuk pertandingan inovasi & dapat Gangsa. A good start for me & my team. TQ K.hani & K.Seri for inviting me join your project.

Ini projek pangkalan data myPSH yg dibangunkan untuk membantu pengurusan data PSH.



Monday, 9 March 2015

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Ana Rohana Pataniah Binti Salahuddin

Pengalaman
  • Kolej Komuniti Jasin (2003 - 2006)
  • Kolej Komuniti Hulu Selangor (2007 - sekarang)
Pendidikan
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik serta Pendidikan - KuiTTHO 2003
  • Ijazah S.M Komunikasi Multimedia serta Kepujian - OUM 2010
  • Ijazah Sarjana Perdidikan (Multimedia) - UPSI 2017
Pengajar Kursus Pendek
  • Adobe Photoshop
  • Adobe Illustrator
  • Fotografi
  • Blog
  • Video Editing
  • Audio Editing
  • Microsoft Word
  • Microsoft Excel
  • Microsoft PowerPoint
Kemahiran
  • Adobe Photoshop
  • Adobe Illustrator
  • Fotografi
  • Video Editing
  • Audio Editing
  • VideoScribe
  • Google Sheet/Doc/Slide
  • HTML5
  • Blogspot
  • Microsoft Word
  • Microsoft Excel
  • Microsoft PowerPoint
Perisian ini membolehkan anda mengedit fail pdf, merge serta split secara atas talian. Ianya mudah dan percuma.




Mobile App (Asas Rangkaian Komputer) ::Pingat Perak::

Alhamdulillah cubaan pertama kami untuk Mobile App ini di Kolokium Penyelidik​an Dan Pertandingan Inovasi Wilayah Selangor 2014 (KOPPIS 2014) anjuran Kolej Komuniti Selayang pada 2 Oktober 2014 membuahkan pingat perak.


 


KOPPIS 2014 ::Pingat Perak::

Kolej Komuniti Hulu Selangor telah menghantar 3 pasukan untuk menyertai Kolokium Penyelidik​an Dan Pertandingan Inovasi Wilayah Selangor 2014 (KOPPIS 2014) anjuran Kolej Komuniti Selayang pada 2 Oktober 2014 yang lepas.

Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar Sijil Sistem Komputer & Sokongan dan mereka telah menghasilkan tiga Mobile App Games untuk dihantar ke pertandingan ini.  Alhamdulillah ketiga-tiga projek di bawah seliaan Pn. Ana Rohana Pataniah, Pn. Mazniza & Pn. Norfadhilah  telah mendapat pingat Perak.

Hasil kreativiti dan inovasi mereka boleh dimuat turun melalui Play Store. Buat carian berdasarkan nama games di bawah atau taipkan skskkhs.
  • Scratch & Learn
  • Malaysian Quiz
  • Wisdom Test



IkRAR 2014 :: Pingat Perak ::


Kolej Komuniti Hulu Selangor telah menghantar 3 pasukan untuk menyertai Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta Pelajar (IkRAR) 2014 anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dibawah kelolaan Kolej Komuniti Sabak Bernam pada 26 - 27 Ogos 2014 yang lepas.

Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar Sijil Sistem Komputer & Sokongan dan mereka telah menghasilkan tiga Mobile App Games untuk dihantar ke pertandingan ini.  Alhamdulillah ketiga-tiga projek di bawah seliaan Pn. Ana Rohana Pataniah, Pn. Mazniza & Pn. Norfadhilah  telah mendapat pingat Perak. 

Hasil kreativiti dan inovasi mereka boleh dimuat turun melalui Play Store. Buat carian berdasarkan nama games di bawah atau taipkan skskkhs.


  • Scratch & Learn
  • Malaysian Quiz
  • Wisdom Test