Wednesday, 4 January 2017

Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Asas Rangkaian Komputer Untuk Pelajar Sijil Sistem Komputer dan Sokongan

ABSTRAK

Sebelum ini pelajar hanya boleh mengulangkaji pelajaran menggunakan media yang terhad seperti buku dan nota bercetak sahaja malah lokasi untuk membuat ulangkaji juga terhad. Justeru, Aplikasi Mudah Alih Asas Rangkaian Komputer dibangunkan bagi menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS) khususnya dan Kolej Komuniti amnya. Inovasi ini merupakan konsep m-pembelajaran yang menyediakan medium PdP tanpa batasan dengan adanya teknologi telefon pintar dan komputer tablet. Proses mereka bentuk aplikasi ini adalah mengikut Model ADDIE. Pelajar dapat mengakses nota bagi modul ini tanpa mengira tempat dan masa. Hal ini akan merangsang minat pelajar dalam proses PdP. Aplikasi ini terdiri daripada dua topik iaitu Pengenalan kepada Rangkaian dan Pengalamatan Rangkaian. Terdapat empat persoalan kajian iaitu minat terhadap aplikasi sebelum dan selepas menggunakan aplikasi, pencapaian pelajar, adakah aplikasi memudahkan kefahaman pelajar dan rekabentuk antaramuka. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen melibatkan dua kumpulan iaitu rawatan dan kawalan. Hipotesis diuji dengan menggunakan keputusan ujian pra dan pasca serta soal selidik. Jumlah sampel adalah seramai 52 orang (26 orang bagi setiap kumpulan). Dapatan kajian ini menunjukkan skor pencapaian bagi kumpulan rawatan adalah lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa pencapaian pelajar telah dapat ditingkatkan melalui penggunaan Aplikasi Mudah Alih Asas Rangkaian Komputer. Selain itu, terdapat perbezaan signifikan min minat pelajar terhadap aplikasi ini sebelum dan selepas rawatan dijalankan.


Kata Kunci : aplikasi mudah alih, model ADDIE, m-pembelajaran

No comments :

Post a Comment